Monday, 30 November 2015

RUKUN ISLAM -ZAKAT-

Zakat: 

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Umumnya wujud dua pendapat, ada menyatakan rukun Islam ketiga ialah puasa Ramadan dan ada yang menyatakan rukun ketiga Islam ialah zakat. Ini kerana, kefarduan zakat datang setelah datangnya kefarduan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah. Namun begitu, zakat adalah lebih sesuai diletakkan sebagai rukun Islam ketiga. Hujahnya, zakat sudah diseru oleh Allah SWT sejak zaman Mekah lagi. Bahkan zakat juga disebutkan di dalam hadis sebagai rukun ketiga selepas daripada solat. Lagi pun di dalam al-Quran sendiri, Allah SWT banyak menggandingkan zakat seiring solat. Ada 30 ayat semuanya. Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.


Dalil : surah At-Taubah (09), ayat 103:

خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanla untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.


Syarat wajib zakat:

Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:
  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  • Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1.      Zakat fitrah
2.    Zakat harta

Zakat fitrah;

  • Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

Zakat harta;

  • Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.

Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.

Golongan yang layak menerima zakat:

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
  1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.












RUKUN ISLAM -HAJI-

Haji:

Haji (Arab/Jawi: حج ajj "ziarah") adalah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam, kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya. Haji menunjukkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.


Ziarah ini dilakukan pada 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam takwim Islam. Disebabkan takwim tersebut merupakan kalendar qamari dan ia mengandungi 11 hari kurang berbanding kalendar Gregory, maka hari pelaksanaan haji mengikut tarikh Gregory sering berubah dari tahun ke tahun.






Dalil:

Terdapat beberapa dalil mengenai ibadah haji. Antaranya adalah seperti dalam ayat ke-27, Surah al-Hajj  dan ayat ke-97, Surah Ali Imran


وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

Dan maklumkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, mereka datang datang dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh (seluruh dunia).


Syarat wajib Haji:





Rukun dan Wajib Haji:






Ibadat haji terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

·        Haji Ifrad: Ifrad bermaksud "berasingan". Manakala haji ifrad pula bermaksud melakukan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah tidak dilakukan dalam bulan haji. Haji jenis ini tidak dikenakan dam.
  • Haji Tamattuk: Tamattuk bermaksud "bersenang-senang". Haji tamattuk membawa erti umrah dilakukan dahulu pada bulan haji. Haji dilakukan kemudian ketika tiba masanya untuk menunaikan haji. Haji jenis ini dikenakan dam.
  • Haji Qiran: Qiran bererti "bersama-sama". Maksud haji qiran adalah melakukan haji dan umrah secara serentak. Haji jenis dikenakan dam dan dilakukan oleh kalangan jemaah haji yang tiba lewat pada waktu haji       (7 dan 8 Zulhijjah).


Dam

Dam dari segi bermaksud bahasa ialah darah. Dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang telah meninggalkan perkara yang wajib semasa menunaikan haji atau melanggar perkara larangan. Dam terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
  • Dam tertib dan takdir.
  • Dam tertib dan ta'dil.
  • Dam takhyir dan ta'dil.
  • Dam takhyir dan takdir.










 






RUKUN ISLAM -SOLAT-


Solat : 

Solat (bahasa Arab: صلاة; pl. alawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Syarat wajib solat: Islam, Baligh, Berakal, Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan.

Syarat sah solat: Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil.


 Perkara-perkara yang membatalkan solat:
·         
  •        Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
  •        Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
  •        Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.
  •        Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut.
  •       Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
  •      Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
  •      Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
  •       Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
  •       Meninggalkan rukun solat.
  •       Murtad.

Rukun Solat:

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
  1. Qalbi (diingat dalam hati)
  2. Qauli (diucap dengan lidah)
  3. Fi'li (perbuatan)





Perkara-perkara sunat dalam solat:
  • Sunat Hai'ah.  
  • Sunat Ab'ad.


Perkara-perkara makruh semasa solat:





Perkara yang boleh dilakukan selepas menunaikan solat:

  •       Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
  •       Membaca Al-Quran.
  •            Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.






RUKUN ISLAM -SYAHADAH-

Mengucap Dua Kalimah Syahadah



Syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya. Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya dengan kata lain mesti dilaksanakan.





Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Kita wajib mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

Syahadah pada bahasa membawa maksud : Iqrar, pengakuan dan keyakinan.

Pada istilah pula syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu sebagai rasulnya.

·         Orang yang mengucap dua kalimah syahadah wajib yakin dengan erti kalimah dan mengamalkannya.

·         Mengucap dua kalimah syahadah ialah syarat seseorang itu memeluk agama Islam dan dipanggil muslim.


Sunday, 29 November 2015

RUKUN ISLAM -PUASA-

Puasa :

Pengertian puasa :
Puasa dalam bahasa arab disebut “shoum” atau “shiyam” . Kata al Raghib: “Shoum” pada asalnya bermakna menahan diri dari perbuatan samada makan, bercakap atau berjalan. Justeru dikatakan kepada kuda yang enggan berjalan atau makan “sho’im” (yang berpuasa). “Shoum” juga digunakan untuk diam atau enggan bercakap.

 فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَداً فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْماً فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيّاً
“ Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini ”. Surah Maryam:26.


Alhamdulillah.

Yang Pertama, seharusnya kita ketahui bahwa sesungguhnya di antara Nama-nama Allah Ta’ala Yang Indah adalah Al-Hakim (Maha Bijaksana). Pecahan kata Al-Hakim adalah “Al-Hukmu” dan “Al-Hikmah”. Maka hanya milik Allah semata hukum-Nya, dan hukum-hukum-Nya subhanahu wa ta’ala sarat dengan   hikmah, sempurna dan teliti.

Kedua: Sesungguhnya pada setiap hukum Allah pasti mengandung hikmah-hikmah yang agung. Terkadang kita dapat mengetahuinya, terkadang akal kita tidak dapat menjangkaunya, dan terkadang kita mengetahui sebagian sedangkan yang tersembunyi masih banyak.


Hikmah Puasa
Puasa melatih kita untuk mensyukuri nikmat. Puasa adalah menahan diri dari makan, minum dan berhubungan badan. Ini adalah kenikmatan tertinggi, karena dengan menahan diri dari menikmati nikmat tersebut pada waktu tertentu akan membuatnya mengetahui nilai nikmat tersebut. Hal ini kerana kenikmatan sesuatu yang tidak diketahui (nilainya), dan baru diketahui ketika ia hilang . Maka hal itu akan membantunya untuk  memenuhi haknya dengan mensyukurinya.

Fadhilat puasa menurut alquran dan sunnah

1. Sebagai perisai daripada perbuatan maksiat dan kejahatan, penyelamat daripada seksaan api neraka, dan pembuka jalan untuk ke syurga.
Rasulullah salaallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka adalah menjadi hak (kebenaran) atas Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga”.
(HR Bukhari)

 2. Kemuliaan orang yang melakukan ibadah puasa adalah melebihi kelebihan ibadah-ibadah yang lain di sisi Allah. Bahkan pahala puasa itu ditulis sendiri oleh Allah subhanahu wa ta’ala:
“Setiap amal kebaikan Bani Adam (ditulis oleh malaikat) pahalanya, kecuali orang yang berpuasa. Sesungguhnya ia (puasa) adalah bagi-Ku (Allah), dan Aku (Allah) lah yang memberinya pahala puasanya. Dan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada bau kasturi”.
(HR Bukhari)

3. Bagi orang yang berpuasa; yang meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya, Allah akan menganugerahkan baginya dua (2) kegembiraan sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam:
“’Azza wa jalla berfirman: Puasa itu untuk Aku dan Akulah memberinya pahala. Ia meninggalkan syahwatnya, makanannya, dan minumannya kerana Aku. Puasa itu perisai. Bagi orang yang berp
uasa ada dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya”.
(HR Bukhari)


Perkara yang membatalkan puasa:








Puasa sunat:


PUASA SUNAT (BULAN MUHARRAM)

Iaitulah sabda Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Oleh demikian, kita digalakkan banyak berpuasa di bulan Muharram. 

PUASA SUNAT (HARI-HARI AWAL ZULHIJAH)

Hafsah r.a. menceritakan; “Empat amalan yang tidak ditinggalkan Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘asyr, puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai)


PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)
Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” 
(Riwayat Imam Muslim).



Hari yang dilarang berpuasa :