Puasa :
Pengertian puasa :
Pengertian puasa :
Puasa dalam bahasa arab disebut “shoum” atau “shiyam” . Kata al
Raghib: “Shoum” pada asalnya bermakna menahan diri dari perbuatan samada makan,
bercakap atau berjalan. Justeru dikatakan kepada kuda yang enggan berjalan atau
makan “sho’im” (yang berpuasa). “Shoum” juga digunakan untuk diam atau enggan
bercakap.
فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَداً
فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْماً فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ
إِنسِيّاً
“ Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka
katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman;
(setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada
sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini ”. Surah Maryam:26.
Alhamdulillah.
Yang Pertama, seharusnya kita ketahui bahwa sesungguhnya di antara
Nama-nama Allah Ta’ala Yang Indah adalah Al-Hakim (Maha Bijaksana). Pecahan
kata Al-Hakim adalah “Al-Hukmu” dan “Al-Hikmah”. Maka hanya milik
Allah semata hukum-Nya, dan hukum-hukum-Nya subhanahu wa ta’ala sarat
dengan hikmah, sempurna dan teliti.
Kedua: Sesungguhnya pada setiap hukum Allah pasti mengandung
hikmah-hikmah yang agung. Terkadang kita dapat mengetahuinya, terkadang akal
kita tidak dapat menjangkaunya, dan terkadang kita mengetahui sebagian
sedangkan yang tersembunyi masih banyak.
Hikmah Puasa
Puasa melatih kita untuk mensyukuri nikmat. Puasa adalah
menahan diri dari makan, minum dan berhubungan badan. Ini adalah kenikmatan
tertinggi, karena dengan menahan diri dari menikmati nikmat tersebut pada waktu
tertentu akan membuatnya mengetahui nilai nikmat tersebut. Hal ini kerana
kenikmatan sesuatu yang tidak diketahui (nilainya), dan baru diketahui ketika
ia hilang . Maka hal itu akan membantunya untuk memenuhi haknya dengan
mensyukurinya.
Fadhilat puasa menurut alquran dan sunnah
1. Sebagai perisai daripada perbuatan maksiat dan kejahatan, penyelamat daripada seksaan api neraka, dan pembuka jalan untuk ke syurga.
Rasulullah
salaallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan solat
dan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka adalah menjadi hak (kebenaran) atas
Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga”.
(HR Bukhari)
(HR Bukhari)
2. Kemuliaan orang yang melakukan ibadah
puasa adalah melebihi kelebihan ibadah-ibadah yang lain di sisi Allah. Bahkan
pahala puasa itu ditulis sendiri oleh Allah subhanahu wa ta’ala:
“Setiap amal kebaikan Bani Adam (ditulis oleh malaikat) pahalanya,
kecuali orang yang berpuasa. Sesungguhnya ia (puasa) adalah bagi-Ku (Allah),
dan Aku (Allah) lah yang memberinya pahala puasanya. Dan bau mulut orang yang
berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada bau kasturi”.
(HR Bukhari)
(HR Bukhari)
3. Bagi
orang yang berpuasa; yang meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya, Allah
akan menganugerahkan baginya dua (2) kegembiraan sebagaimana yang disabdakan
oleh Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam:
“’Azza wa jalla berfirman: Puasa itu untuk Aku dan Akulah
memberinya pahala. Ia meninggalkan syahwatnya, makanannya, dan minumannya
kerana Aku. Puasa itu perisai. Bagi orang yang berp
uasa ada dua kegembiraan;
kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya”.
(HR Bukhari)
(HR Bukhari)
Perkara yang membatalkan puasa:
Puasa sunat:
PUASA SUNAT (BULAN MUHARRAM)
Iaitulah sabda Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Oleh demikian, kita digalakkan banyak berpuasa di bulan Muharram.
Iaitulah sabda Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Oleh demikian, kita digalakkan banyak berpuasa di bulan Muharram.
PUASA SUNAT (HARI-HARI AWAL ZULHIJAH)
Hafsah r.a. menceritakan; “Empat amalan yang tidak ditinggalkan Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘asyr, puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai)
PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH)
Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang
tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah
membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat
Imam Muslim).
Hari yang dilarang berpuasa :
Hari yang dilarang berpuasa :
No comments:
Post a Comment