Haji (Arab/Jawi: حج Ḥajj "ziarah") adalah ziarah suci yang
dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan
yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti
yang tertakluk dalam Rukun Islam, kewajipan agama ini hendaklah
dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka
bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya. Haji menunjukkan perpaduan dan
persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.
Ziarah
ini dilakukan pada 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam takwim Islam. Disebabkan takwim tersebut
merupakan kalendar qamari dan ia mengandungi 11 hari
kurang berbanding kalendar Gregory, maka hari pelaksanaan haji
mengikut tarikh Gregory sering berubah dari tahun ke tahun.
Dalil:
Terdapat beberapa
dalil mengenai ibadah haji. Antaranya adalah seperti dalam ayat ke-27, Surah al-Hajj dan ayat
ke-97, Surah Ali Imran:
وَأَذِّنْ
فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ
كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
Dan maklumkanlah kepada manusia supaya mengerjakan
haji, nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan berjalan kaki dan
mengenderai unta yang kurus, mereka datang datang dari segenap ceruk penjuru
atau pelusuk yang jauh (seluruh dunia).
Syarat wajib Haji:
Rukun dan Wajib Haji:
Ibadat haji terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
· Haji Ifrad: Ifrad bermaksud "berasingan". Manakala
haji ifrad pula bermaksud melakukan haji dan umrah secara berasingan di mana
umrah tidak dilakukan dalam bulan haji. Haji jenis ini tidak dikenakan dam.
- Haji Tamattuk: Tamattuk bermaksud "bersenang-senang". Haji tamattuk membawa erti umrah dilakukan dahulu pada bulan haji. Haji dilakukan kemudian ketika tiba masanya untuk menunaikan haji. Haji jenis ini dikenakan dam.
- Haji Qiran: Qiran bererti "bersama-sama". Maksud haji qiran adalah melakukan haji dan umrah secara serentak. Haji jenis dikenakan dam dan dilakukan oleh kalangan jemaah haji yang tiba lewat pada waktu haji (7 dan 8 Zulhijjah).
Dam
Dam dari
segi bermaksud bahasa ialah darah. Dari segi istilah syarak pula, ia membawa
maksud denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang telah meninggalkan perkara
yang wajib semasa menunaikan haji atau melanggar perkara larangan. Dam
terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
- Dam tertib dan takdir.
- Dam tertib dan ta'dil.
- Dam takhyir dan ta'dil.
- Dam takhyir dan takdir.
No comments:
Post a Comment