Solat :
Solat (bahasa Arab: صلاة; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam.
Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke
atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada
waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima
Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari
semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Sekiranya seseorang
tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Syarat
wajib solat: Islam,
Baligh, Berakal, Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan.
Syarat
sah solat: Suci dan bersih badannya
dari hadas besar dan kecil.
Perkara-perkara
yang membatalkan solat:
·
- Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
- Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
- Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.
- Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut.
- Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
- Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
- Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
- Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
- Meninggalkan rukun solat.
- Murtad.
Rukun Solat:
Rukun
solat terbahagi kepada tiga kategori:
- Qalbi (diingat dalam hati)
- Qauli (diucap dengan lidah)
- Fi'li (perbuatan)
Perkara-perkara sunat dalam solat:
- Sunat Hai'ah.
- Sunat Ab'ad.
Perkara-perkara makruh semasa solat:
Perkara yang boleh dilakukan selepas menunaikan solat:
- Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
- Membaca Al-Quran.
- Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.
No comments:
Post a Comment