Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa
Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang
wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf)
yang berhak menerimanya. Umumnya wujud dua pendapat, ada menyatakan rukun Islam
ketiga ialah puasa Ramadan dan ada yang menyatakan rukun ketiga Islam ialah
zakat. Ini kerana, kefarduan zakat datang setelah datangnya kefarduan puasa
Ramadan pada tahun kedua hijrah. Namun begitu, zakat adalah lebih sesuai
diletakkan sebagai rukun Islam ketiga. Hujahnya, zakat sudah diseru oleh Allah
SWT sejak zaman Mekah lagi. Bahkan zakat juga disebutkan di dalam hadis sebagai
rukun ketiga selepas daripada solat. Lagi pun di dalam al-Quran sendiri, Allah
SWT banyak menggandingkan zakat seiring solat. Ada 30 ayat semuanya. Dari segi
bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.
Dalil : surah At-Taubah
(09), ayat 103:
خُذۡ
مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ
عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah
(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan
mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanla untuk mereka, kerana sesungguhnya
doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Manakala dari segi
syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada
golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
Syarat wajib zakat:
Mana-mana individu
yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu
difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut
adalah:
- Islam
- Merdeka
- Sempurna milik
- Harta usaha yang baik sebagai
sumber zakat
- Cukup nisab (jumlah perolehan untuk
berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
- Cukup haul (genap setahun Hijriah
atau tahun Masihi)
- Niat untuk berniaga (zakat
perniagaan sahaja)
Zakat terbahagi
kepada dua jenis iaitu:
Zakat fitrah;
- Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.
Zakat harta;
- Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.
Zakat harta wajib
dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari
surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):
“
|
(Mereka tetap
tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad
dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang
mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.
Golongan yang layak menerima zakat:
Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan
untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang
berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK
LAYAK untuk menerima wang zakat.
|
|